DELIMa Rankoleh CikguIK

Dasar Privasi DELIMa Rank

Dikemas kini: 5 November 2026 · Pembangun: CikguIK · Meliputi versi extension: 0.4.15

DELIMa Rank membantu pegawai JPN dan PPD menyemak statistik agregat penggunaan DELIMa, menghasilkan ranking dan merancang kunjung bantu ke sekolah. Ia ialah alat bantuan kerja oleh CikguIK dan bukan aplikasi rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Data yang diproses

Modul Pengesanan Log Masuk yang dimulakan pengguna turut membaca dan menyimpan nama, e-mel, organisasi, peranan dan log masuk terakhir yang dipaparkan pada SPP. Data digunakan untuk pengesanan mengikut organisasi/peranan, ringkasan, cetakan dan CSV setempat. E-mel sesi pada avatar dibaca sementara dan ditukar kepada hash SHA-256 untuk mengikat snapshot kepada akaun; e-mel sesi mentah tidak disimpan sebagai identiti sesi.

Extension membaca pilihan organisasi dan statistik yang dipaparkan dalam portal https://d3.delima.edu.my/ menggunakan akses DELIMa sedia ada pengguna. Data termasuk nama dan hierarki organisasi, tempoh laporan, bilangan serta peratus guru, murid dan gabungan pengguna aktif, statistik aplikasi yang dipaparkan, masa kutipan serta kemajuan kutipan.

Untuk memastikan keputusan sepadan dengan organisasi dan tarikh yang dipilih, extension memeriksa metadata Resource Timing bagi dua endpoint analitik portal. Semakan sementara ini melibatkan URL, pengenal organisasi, tarikh, status respons dan masa sumber. Extension tidak membaca isi respons rangkaian, header, kuki, kata laluan atau token pengesahan. Ia tidak mengumpul sejarah pelayaran laman lain, kata laluan, pengenal kerajaan, ketukan papan kekunci atau data lokasi peranti.

Hash identiti sesi bukan penyulitan rekod individu. Nama dan e-mel dalam snapshot laporan kekal boleh dibaca oleh pengguna profil Chrome tersebut.

Tujuan penggunaan

Data digunakan hanya untuk semakan bilangan organisasi, kutipan yang dimulakan pengguna, kemajuan dan sambungan kutipan, ranking, cetakan serta eksport setempat. Tiada iklan, analitik penggunaan extension atau penjejakan pihak ketiga disertakan.

Klik atau taip pada halaman digunakan sebagai isyarat menghentikan kutipan jika penapis mungkin terganggu. Kandungan ketukan papan kekunci, koordinat tetikus dan aktiviti laman lain tidak direkodkan.

Simpanan dan perkongsian

Rekod dan checkpoint disimpan dalam chrome.storage.local pada profil Chrome pengguna. Tiada pangkalan data pembangun, Chrome Sync atau penghantaran rekod kepada CikguIK atau pihak ketiga. Portal DELIMa masih berhubung dengan pelayannya sendiri apabila penapis portal digunakan; akses dan dasar portal tersebut berasingan daripada extension ini.

Laporan dibuka secara setempat dalam tab browser atau dialog dalam halaman dengan frame sandbox. CSV, sandaran JSON dan PDF hanya dihasilkan apabila pengguna memilihnya. Pengguna menentukan tempat fail disimpan dan kepada siapa fail dikongsi. Fail eksport dan laporan log masuk boleh mengandungi nama, e-mel, peranan, organisasi dan log masuk terakhir; lindungi fail mengikut keperluan organisasi.

Tempoh simpanan dan kawalan pengguna

Dalam dashboard, Hapus data mengeluarkan semua rekod statistik bagi organisasi dan tempoh yang disahkan. Satu kumpulan pemadaman terakhir disimpan setempat untuk Pulihkan pemadaman terakhir; pemadaman berikutnya menggantikan kumpulan pemulihan sebelumnya. Pemulihan mengekalkan rekod lebih baharu. Membuang extension atau data profil Chrome turut membuang simpanan pemulihan tersebut.

Data log masuk diasingkan daripada statistik. Hanya satu snapshot log masuk terkini disimpan; Mula baharu menggantikan snapshot sebelumnya. Butang Padam data modul log masuk membuang snapshot dan checkpoint log masuk selepas pengesahan pengguna. Skop yang terhenti sebelum semua halaman lengkap tidak disimpan; skop lengkap terdahulu dikekalkan dan ditanda separa. Pemadaman tidak menutup laporan yang telah dibuka atau memadam fail eksport; urus salinan tersebut secara berasingan.

Rekod kekal dalam profil Chrome sehingga diganti oleh kutipan bagi kunci rekod yang sama atau storan extension dibuang. Pengguna boleh berhenti dan menyambung kutipan, mengeksport sandaran, atau membuang extension untuk memadam storannya. Membuang extension tidak memadam fail eksport atau tab laporan yang telah dibuka; tutup tab dan padam fail tersebut secara berasingan jika tidak diperlukan. Eksport sandaran sebelum membuang extension atau menukar profil.

Permission dan keselamatan

Permission storage diperlukan untuk rekod dan checkpoint setempat. Akses laman dihadkan kepada https://d3.delima.edu.my/* untuk membaca paparan dan mengendalikan penapis portal bagi kutipan. Extension tidak menukar kata laluan, peranan atau rekod akaun DELIMa. Penjadualan statistik menggunakan service worker dan perlindungan auto-discard diminta sementara pada tab kutipan; tetapan asal dipulihkan apabila kutipan berhenti/selesai. Semua kod extension dibekalkan dalam pakej; tiada kod jauh dimuat turun atau dilaksanakan. Keselamatan profil Chrome dan komputer pengguna kekal penting; extension tidak menyediakan penyulitan fail eksport tambahan.

Penggunaan terhad

Pengendalian data DELIMa Rank dihadkan kepada fungsi yang dinyatakan di atas, selaras dengan Chrome Web Store User Data Policy termasuk keperluan Limited Use. Data tidak dijual, tidak digunakan bagi tujuan pengiklanan atau tujuan lain yang tidak berkaitan, dan tidak digunakan untuk penilaian kredit atau pinjaman.

Pertanyaan dan perubahan

Untuk pertanyaan tentang extension atau dasar ini, gunakan saluran sokongan pembangun CikguIK yang tersedia pada penyenaraian Chrome Web Store DELIMa Rank. Perubahan pengendalian data akan dinyatakan melalui kemas kini dasar dan pendedahan penyenaraian.