DELIMa Rankoleh CikguIK

UNTUK PEGAWAI JPN & PPD

Semak penggunaan.
Rancang kunjung bantu.

Susun statistik penggunaan dan pengesanan log masuk DELIMa mengikut organisasi, kenal pasti keperluan semakan dan sediakan laporan untuk tindakan susulan.

Kemas kini 0.4.15 sedang disediakan untuk Web Store. Fungsi baharu di bawah merujuk versi ini; semak versi yang tersedia pada penyenaraian sebelum memasang.

DARI SEMAKAN KEPADA TINDAKAN

Maklumat yang tersusun untuk perancangan.

01

Semak dahulu

Mod daerah mengikuti PPD → sekolah; mod negeri mengikuti JPN → PPD → sekolah. Semak bilangan organisasi sebelum Mula. Data bergantung pada akses akaun portal.

02

Kumpul dengan kemajuan jelas

Panel ungu menunjukkan progress, masa berlalu dan anggaran baki. Berhenti dan Sambung mengekalkan rekod lengkap; anggaran berubah mengikut saiz organisasi dan kelajuan portal.

03

Banding dan cetak

Klik ikon extension untuk dashboard. Pilih guru, murid atau gabungan, peratus atau bilangan aktif. Pratonton dan cetak 10 terbaik, 10 memerlukan perhatian atau kedua-duanya dalam A4.

04

Pengesanan Log Masuk

Modul muncul pada Sistem Pengurusan Pengguna (SPP) apabila akaun mempunyai akses paparan tersebut. Selepas Mula, kutip nama, e-mel, organisasi, peranan dan log masuk terakhir untuk semakan organisasi.

05

Organisasi dan peranan

Susun Pentadbir, Pelajar, Guru dan Pengguna Lain di bawah setiap organisasi. Tapis bulan rujukan dan status log masuk, cetak ringkasan atau eksport CSV senarai individu mengikut keperluan organisasi.

06

Kawal simpanan sendiri

Eksport statistik ke CSV atau sandaran JSON. Hapus kumpulan statistik mengikut organisasi dan tempoh; pemadaman terakhir boleh dipulihkan. Snapshot log masuk mempunyai kawalan padam berasingan.

PANDUAN RINGKAS

Satu aliran kerja yang familiar.

Extension ini digunakan pada komputer melalui Chrome. Anda perlu mempunyai akses organisasi yang bersesuaian dalam portal DELIMa.

  1. Pasang melalui Chrome Web Store. Log masuk ke Utama DELIMa, pilih organisasi dan tempoh laporan.
  2. Pada panel ungu, tekan Semak. Pastikan jumlah organisasi betul, kemudian tekan Mula.
  3. Kekalkan tab DELIMa dan Chrome terbuka serta komputer berjaga. Tab boleh berada di belakang; jangan ubah penapis atau refresh ketika kutipan. Chrome boleh memperlahankan atau membekukan tab latar. Komputer sleep atau Chrome ditutup tidak dapat meneruskan kutipan.
  4. Jika terganggu, pastikan sesi aktif dan gunakan Sambung untuk checkpoint. Semak semula menyediakan pelan kutipan baharu.
  5. Klik ikon extension untuk dashboard. Sambung portal menyemak organisasi dan tarikh daripada tab Utama; ia tidak memulakan kutipan. Ranking tersimpan boleh dilihat dan dicetak tanpa menyambung portal.
  6. Pilih organisasi & tempoh, peringkat, kriteria dan senarai cetakan. Tekan Pratonton cetakan atau Cetak / Simpan PDF. Cetakan statistik menggunakan A4 potret; carian nama hanya menapis jadual skrin.
  7. Untuk pengesanan log masuk, buka SPP dengan akaun yang dibenarkan. Pilih organisasi/peranan → Semak → Mula. Gunakan laporan, penapis bulan/status dan cetakan yang disediakan. Mula baharu menggantikan snapshot log masuk sebelumnya.

Baca ranking mengikut konteks.

Ranking menunjukkan penggunaan DELIMa bagi tempoh dan kriteria yang dipilih. Ia bukan penilaian menyeluruh kualiti sekolah. Rekod 0/0 diasingkan daripada senarai cetakan kerana tiada asas data. Semak konteks dan kesempurnaan kutipan sebelum merancang kunjung bantu.

Jika kutipan terganggu

Pastikan sesi DELIMa masih aktif. Selepas memuat semula portal, gunakan Sambung jika checkpoint tersedia. Semak semula hanya untuk pelan kutipan baharu. Eksport sandaran JSON sebelum membuang extension atau menukar profil Chrome. Fail CSV, JSON dan PDF yang dieksport perlu dilindungi mengikut keperluan organisasi.

Untuk bantuan, gunakan saluran sokongan pembangun pada penyenaraian Chrome Web Store DELIMa Rank.

Simpanan dan batas laporan

Hapus data dalam dashboard membolehkan organisasi & tempoh disahkan sebelum dipadam. Pulihkan pemadaman terakhir tersedia dalam Sandaran & maklumat simpanan; pemadaman seterusnya menggantikannya. Padam snapshot log masuk melalui panel modul SPP. Pemadaman tidak memadam fail eksport atau menutup laporan yang sudah dibuka.

Lindungi peranti dan fail laporan individu. Nilai log masuk kosong bermaksud tiada rekod dipaparkan, bukan bukti seseorang tidak pernah log masuk. Gabungan peranan ialah bilangan akaun, bukan individu unik. Aliran JPN diuji menggunakan data rekaan; keserasian paparan sebenar bergantung pada akaun dan perubahan portal. Extension tidak memberikan akses tambahan.