Prompt sendiri.
Guna semula.
Simpan prompt sekali. Taip shortcut, isi maklumat, terus guna — dalam ruang AI pilihan anda.
Versi 0.1.7 tersedia di Chrome Web Store. Versi 0.1.11 sedang disediakan untuk review.
Bantu saya menyediakan rancangan pengajaran harian yang sesuai dengan tahap murid, lengkap dengan objektif, aktiviti dan pentaksiran…
/rphSentiasa mudah dicapai./
TaipJe untuk ruang AI pilihan anda
Lihat TaipJe
dalam penggunaan sebenar.
Gambar daripada Chrome sebenar, binaan 0.1.11. Versi ini masih draf; ciri baharu belum tersedia melalui pemasangan Web Store semasa.

Sediakan dalam Manager. Capai semula dengan pintasan.
Cipta prompt dan kategori sendiri, isi medan {{...}}, serta eksport sandaran koleksi. Klik gambar untuk paparan penuh.
Semak dahulu.
Samarkan sebelum guna.
SafePrompt dalam binaan 0.1.11 menyemak kemungkinan data sensitif dalam prompt lengkap dan teks biasa yang ditampal ke ruang chat AI.
Contohnya nama murid, MyKad/MyKid, telefon, e-mel, alamat berlabel, rahsia seperti kata laluan, serta rekod pendidikan, kesihatan dan kewangan berlabel.
- Semak penemuan. Lihat maklumat yang mungkin sensitif.
- Pratonton penyamaran. Semak dan betulkan teks sebelum digunakan.
- Anda buat pilihan. Gunakan versi disamarkan, kembali edit atau batalkan. TaipJe tidak menghantar mesej secara automatik.
Semakan dilakukan pada peranti. Kandungan semakan tidak dihantar ke server TaipJe atau perkhidmatan model.

Apakah batas semakan ini?
Pengesanan boleh tersalah atau terlepas. Had semakan ialah 20,000 aksara; fail, gambar, seret dan lepas serta semua penaipan terus tidak diliputi. Laman AI mungkin dapat mengakses kandungan pada halaman. TaipJe bukan jaminan keselamatan atau penghalang kebocoran data. Semak hasil dan elakkan memasukkan data sebenar yang tidak diperlukan.
Demo website di bawah tidak menjalankan SafePrompt. Baca dasar privasi TaipJe.
Koleksi prompt anda.
Sediakan sekali, guna berkali-kali.
Langkah 1: simpan prompt dalam Manager. Langkah 2: tekan Cuba untuk menggunakan shortcut itu dalam ruang AI contoh.
Cuba aliran koleksi dan pintasan. Ini simulasi website, berasingan daripada extension. Demo ini tidak menjalankan pengesanan atau penyamaran SafePrompt; gunakan data rekaan sahaja.
Koleksi dan draf demo kekal dalam pelayar ini selepas dimuat semula. Berasingan daripada extension; tiada sync antara peranti. Eksport untuk sandaran. Mod peribadi atau pemadaman data laman boleh menghilangkan simpanan.
Cipta atau sunting prompt
Sandaran dan pemulihan
Eksport koleksi termasuk tong sampah. Import menambah prompt tanpa menindih shortcut sedia ada. Format sandaran demo ini berasingan daripada eksport extension.
Taip shortcut.
Isi dan terus guna.
Cuba seperti dalam ruang AI: taip /, pilih prompt yang disimpan, kemudian isi maklumat yang berubah.
- Taip /
- Pilih shortcut
- Isi maklumat
- Masukkan prompt
Prompt anda sudah disimpan.
Panggil sahaja bila diperlukan.
Mulakan dengan menaip / di ruang mesej atau tekan butang di bawah.
Tiada shortcut sepadan. Cuba /rph, /kuiz atau /surat.
Demo bersedia. Tiada mesej dihantar kepada AI.
Simulasi aliran TaipJe dalam ChatGPT, Gemini dan Claude. Rupa ruang AI sebenar berbeza. TaipJe mengisi ruang mesej; anda menyemak dan menghantarnya sendiri.
Sediakan prompt sendiri, sekali sahaja.
Dalam TaipJe Manager, simpan prompt dan shortcut anda. Letakkan maklumat yang berubah dalam dua kurungan berombak: {{bilangan}}, {{subjek}} atau {{topik}}.
Bina {{bilangan}} soalan bagi subjek {{subjek}} tentang {{topik}}.Setiap nama menjadi satu medan isian. Isi nilai baharu setiap kali digunakan; templat asal kekal. Jika nama yang sama berulang, anda hanya perlu mengisinya sekali.
Cipta templat dalam Manager demo ↑Kurang mencari.
Terus buat kerja.
Gunakan prompt yang sama dengan maklumat baharu, tanpa menyalin dan menggantikan teks satu per satu.
Aliran penggunaan TaipJe- 1
Simpan yang menjadi.
Simpan prompt dalam TaipJe Manager dan berikan shortcut seperti
/surat. Tandakan bahagian yang berubah dengan{{tujuan}}. - 2
Taip sedikit sahaja.
Dalam ruang mesej ChatGPT, Gemini atau Claude, taip
/dan pilih arahan daripada koleksi sendiri. - 3
Tambah konteks. Guna semula.
Isi medan yang dipaparkan dan tekan Masukkan prompt. Semak dalam ruang mesej, kemudian hantar sendiri apabila bersedia.
Dekat dengan kerja
seharian kita.
Bermula dengan pendidik Malaysia. Terbuka untuk sesiapa yang mahu menggunakan semula arahan AI sendiri.
Dari topik esok
ke persediaan kelas.
/rph/kuiz/aktivitiRPH dan kuiz boleh dicuba dalam demo.
Kurangkan kerja
menaip berulang.
/surat/minit/laporanPanggil prompt surat dan isi maklumat yang diperlukan.
Ada cara sendiri?
Simpan cara sendiri.
/poster/idea/semakCuba prompt sendiri. Anda tentukan arahannya.
Demo menyediakan /rph, /kuiz dan /surat. Anda boleh mencipta shortcut sendiri untuk pengajaran, pentadbiran, grafik, video dan kerja lain.
Ringan untuk digunakan.
Anda pegang kawalan.
Prompt kekal milik anda.
Extension menyimpan koleksi dalam pelayar anda. Gunakan import dan eksport untuk membuat sandaran atau memindahkan koleksi.
Anda tentukan langkah seterusnya.
TaipJe menyediakan draf untuk disemak. Anda sendiri menghantar mesej kepada AI. Tiada Google Drive sync dalam versi ini.
Sebelum anda
mula.
Beberapa perkara yang baik untuk diketahui.
Boleh pasang extension sekarang?
Ya. TaipJe versi 0.1.7 tersedia untuk Chrome desktop. Pasang melalui Chrome Web Store. Gambar di halaman ini menunjukkan binaan 0.1.11, termasuk SafePrompt. Kemas kini tersebut masih draf dan belum diterbitkan.
Adakah TaipJe menjana jawapan AI?
Tidak. TaipJe memanggil prompt yang anda simpan, menyediakan medan isian dan memasukkan prompt lengkap ke ruang mesej. Platform AI anda yang menjana jawapan selepas anda menghantarnya.
Adakah demo ini percuma?
Ya, demo halaman ini boleh dicuba tanpa bayaran atau pendaftaran. Harga dan pelan extension belum dimuktamadkan.
Adakah input demo saya disimpan?
Ya. Koleksi, draf dan isian demo disimpan dalam local storage pelayar ini. Simpanan tidak dikongsi dengan extension atau peranti lain. Eksport sandaran sebelum memadam data laman. Lihat nota privasi demo untuk maklumat lanjut.
Adakah ini untuk guru sahaja?
Tidak. Pendidikan Malaysia ialah fokus awal, tetapi konsep prompt dan pintasan sendiri boleh membantu pengguna umum juga.
Boleh digunakan pada telefon?
Laman dan demo ini direka untuk skrin telefon. Sokongan extension pada pelayar mudah alih belum disahkan; jangan anggap demo ini bermakna extension sudah menyokong Android atau iOS.
Prompt yang baik,
patut digunakan lagi.
Mulakan dengan satu contoh. Rasai bezanya.

Nota privasi demo
Demo ini memproses input dalam pelayar sahaja. Demo menggunakan local storage untuk koleksi, draf dan isian anda. Tiada analytics atau penghantaran input ke AI. Pembangun tidak menerima input demo. Simpanan boleh hilang jika data laman dipadam atau sesi pelayaran peribadi tamat. Prompt hanya disalin ke papan klip apabila anda menekan “Salin prompt”.
Penyedia hosting mungkin merekod maklumat permintaan biasa seperti alamat IP. Jangan masukkan data peribadi murid, kata laluan atau maklumat sulit dalam percubaan ini. Lihat dasar privasi extension TaipJe untuk pengendalian data extension.



